Mandi Sauna Untuk kecantikan Kulit

                                
Tahukah anda bahawa mandi sauna sudah terkenal sejak dulu lagi terutama pada masyarakat Rom, Meditranian, Rusia dan India. Pada waktu itu manfaat mandi sauna hanya ditumpukan dari aspek kesihatan tubuh badan. Pada masa dahulu, sauna digunakan untuk membantu mengeluarkan racun atau toksik dari dalam tubuh. Namun sedikit demi sedikit ia mula terkenal. Sehingga kini, ia telah menjadi asas bagi orang ramai untuk melakukan mandi sauna.


Tentu anda perasan kebayakan orang akan bersauna selepas bersenam atau melakukan aktiviti sukan. Mandi sauna ini dapat mengendurkan otot tubuh yang tegang dan berkontraksi semasa bersenam atau setelah penat bekerja. Rasa pejal dan otot yang terasa kejang setelah bekerja atau stress disebabkan oleh racun atau toksin yang terdapat pada jaringan otot. Dengan melakukan sauna, racun atau toksik dalam tubuh ini akan dapat dibuang. Selain dapat melancarkan perjalanan darah dan memperbaiki jaringan otot sehingga membuatkan tubuh terasa lebih relaks dan segar.


Peluh yang dihasikan ketika mandi wap atau sauna ini turut memberikan kebaikan tersendiri. Ia merupakan hasil dari pembakaran lemak tubuh akibat dari kadar metabolisme tubuh yang meningkat semasa kita mandi sauna.

Bahkan, beberapa kajian mengesahkan bahawa sauna ini dapat membantu membakar sehingga 300-400 kalori setelah 20-30 minit melakukan mandi sauna. Tidak hairanlah sauna juga menjadi salah satu rawatan melangsingkan badan.

Wap panas yang terhasil dari sauna ini juga berfungsi untuk membuka pori-pori kulit sehingga membantu mengeluarkan toksin atau racun dari dalam tubuh. Kesannya, kulit akan terasa lebih bersih, bertenaga, segar dan sihat.

Untuk mendapatkan hasil yang maksimum, anda perlu membiasakan diri untuk minum air mineral sebelum dan selepas bersauna. Kemudian duduk atau berbaring sekurang-kurangnya selama 10 minit untuk memperoleh manfaat sauna secara total.

Perlu diketahui mandi sauna tidak boleh dilakukan pada wanita yang sedang hamil atau yang mengamai masalah kesihatan yang serius. Sekiranya ketika melakukan sauna anda terasa pening atau sukar bernafas, segera keluar dari sauna tersebut.


Untuk Tempahan Set Portable Sauna Sila Hubungi
012- 252 9590